|
Post by Juhaidi Abdullah on Jan 14, 2008 11:44:01 GMT 7
Salam bahagia dan salam harmoni kepada semua anak Malaysia yang menganggap dirinya pencinta Bahasa Melayu.
Yang indah itu bahasa kita, Penuh susila tika berperi, Bahasa asing mengapa dipuja, Tergadaikah sudah maruah pertiwi ?
Yang indah itu bahasa kita, Lambang identiti penuh tradisi, Bahasa Melayu sememangnya berupaya, Mengharung modenisasi menjangkau globalisasi.Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang paling unik dan indah di dunia. Keunikan dan kehebatannya sudahpun terbukti sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi apabila berjaya diiktiraf sebagai 'lingua-franca' di rantau Asia Tenggara. Keindahan , keunikan dan kehebatan bahasa Melayu tidak mungkin terungkai sekiranya kita sebagai penutur jati bahasa ini tidak cuba untuk berusaha memartabatkan taraf bahasa ini ke peringkat global. 'Tak kenal maka tak cinta', oleh itu, berusahalah untuk cuba mengenali, memahami dan mencintai bahasa kita yang amat indah ini . Saya mengalu-alukan sumbangan karya atau buah fikiran daripada anda semua untuk sama-sama berkongsi ilmu dan menyebarluaskan kehebatan bahasa Melayu kepada semua penduduk dunia. Cicit Daeng Musa, pencinta bahasa Melayu
|
|
|
Post by smkamil on Jan 14, 2008 12:03:26 GMT 7
|
|
|
Post by smkamil on Jan 14, 2008 12:14:02 GMT 7
|
|
|
Post by ashari on Apr 11, 2009 13:04:30 GMT 7
Apa apa lagi, banyak lagi
|
|