PN ZAIDAH BINTI ALIAS
Guest
|
Post by PN ZAIDAH BINTI ALIAS on Sept 23, 2007 8:44:47 GMT 7
Satu mesyuarat telah dijalankan yang melibatkan empat orang warden SMK Kamil. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 18 September 2007 (Selasa) jam 10.00 malam bertempat di Bilik Warden. Antara intipati mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan masalah semakin ramai pelajar asrama puteri memohon untuk keluar daripada asrama. Antara alasan popular yang diberikan ialah tertekan dengan keadaan fizikal dan prasarana asrama seperti bilik prep yang sempit dan tidak dapat menampung pelajar tingkatan 5 yang ramai. Justeru itu satu keputusan telah diambil oleh warden dengan memutuskan pelajar-pelajar asrama puteri akan belajar di bangunan sekolah iaitu di kelas tingkatan 5.
|
|