|
Post by kaunselor3 on Sept 27, 2007 9:34:45 GMT 7
1. Buat persediaan awal sebelum peperiksaan
2. Dapatkan rehat secukupnya (tidur) pada malam sebelum hari peperiksaan
3. Datang awal ke pusat peperiksaan
4. Pastikan keperluan untuk peperiksaan dibawa sebelum masuk ke dewan peperiksaan : i. Slip peperiksaan ii. Kad Pengenalan iii. Alat tulis yang lengkap dan sempurna vi. Persediaan mental dan fizikal
5. Semasa berada di dewan peperiksaan : i. Duduk dengan tenang dan selesa ii. Baca doa untuk memperoleh ketenangan dan ilham iii. Dengar arahan ketua pengawas peperiksaan dengan teliti iv. Pastikan menerima kertas jawapan yang mencukupi v. Pastikan menerima kertas soalan yang betul vi. Baca semua arahan pada kertas soalan sebelum menjawab vii. Buat perancangan sebelum menjawab terutamanya soalan esei ( huraian )
6. Sebelum meninggalkan dewan peperiksaan i. Teliti butir - butir diri, mata pelajaran dan nombor soalan ditulis dengan betul ii. Pastikan semua helaian jawapan disusun dengan baik dan semua dihantar kepada pengawas peperiksaan iii. Jangan tinggalkan sebarang dokumen diri atau alat tulis di dewan peperiksaan iv. Dicadangkan supaya tidak membincangkan soalan atau jawapan yang telah dilalui kerana tindakan tersebut boleh mengurangkan keyakinan diri untuk menghadapi kertas - kertas lain yang akan diambil
|
|