PN NIK NURUL HAYATI
Guest
|
Post by PN NIK NURUL HAYATI on Sept 11, 2007 13:00:58 GMT 7
CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH
1. Belajar nanti disuruh 2. Tidak prihatin terhadap aktiviti belajar 3. Tidak berminat untuk belajar 4. Benci kepada guru 5. Berasa bosan belajar di sekolah 6. Mengharapkan nasib menyebelahinya tanpa berusaha 7. Menjalani kehidupan tanpa perancangan 8. Suka berpura-pura dan berbohong 9. Gemar bersuka-suka, lepak, hisap rokok dan sebagainya 10. Tidak mengambil apa-apa pengajaran bila dimarahi guru 11. Suka menyalahkan orang lain apabila gagal atau tidak menyiapkan tugasan dengan sempurna 12. Merasakan diri lemah, tak bermaya atau orang lain lebih hebat 13. Jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di sekolah 14. Merasakan aktiviti pembelajaran seperti kerja rumah dan latihan kokurikulum membebankan. 15. Liat untuk bangun pagi 16. Malas sembahyang 17. Suka tidur 18. Tidak tahu apa nak buat 19. Berasa sentiasa bosan 20. Mengharap sangat kawan-kawan menghiburkannya
|
|