|
Post by Zaidah bt Alias on Jul 21, 2009 20:03:48 GMT 7
Pada 19 Julai 2009 Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMK Kamil telah mengadakan ceramah berkaitan Pengurusan Stress kepada semua penghuni asrama. Penceramah yang dijemput ialah En Kamal Ruzaman bin Hasan dari SMK Tg Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Besar bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.
Ceramah pengurusan stress difikirkan amat bersesuaian pada masa kini kerana ramai penghuni asrama yang mula berasa tertekan dengan aura peperiksaan yang semakin hampir. Adalah diharapkan selepas mendengar ceramah ini para pelajar asrama mampu menangani masalah stress mereka dengan baik. Kesemua 4 orang warden menghadiri majlis tersebut.
|
|