|
Post by PN ZAIDAH ALIAS on Jul 12, 2009 11:22:46 GMT 7
Pada 11 Julai 2009 telah diadakan majlis sambutan hari lahir penghuni asrama untuk bulan Julai. Sebanyak 2 biji kek telah disediakan iaitu sebiji untuk penghuni aspura dan sebiji lagi untuk penghuni aspuri.
Sambutan tersebut diadakan pada pukul 9.00 malam di dewan makan aspura dan aspuri. Seramai 7 orang penghuni aspura yang telah dilahirkan pada bulan Julai sementara penghuni aspuri pula seramai 9 orang. Pada malam itu juga disediakan jamuan pulut durian.
Kebanyakan buah durian telah disumbangkan oleh penghuni asrama sendiri dengan membawanya dari rumah masing-masing. Selain daripada itu terdapat pelbagai jenis buah-buahan lain yang turut dibawa oleh para pelajar. Pihak pengurusan asrama telah menyediakan hadiah hari jadi kepada semua penghuni yang terlibat. Semoga dengan sambutan yang diadakan ini akan dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama penghuni asrama.
|
|