Post by Wan Noraini W Othman on Aug 16, 2007 6:27:20 GMT 7
8-)Secebis Pengalaman di Jambori Pengakap Dunia ke-21.
27 Julai hingga 08 Ogos 2007, di Hylands Park, Chelmsford, Essex, London
Jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman. Ungkapan ini sering kita dengar, tentu orang yang mencipta ungkapan ini ialah seorang yang suka mengembara dan merantau ke negara orang. Jika tidak sukar baginya untuk mencipta ungkapan ini kalau bukan berdasarkan pengalaman.
Begitu juga dengan pengalaman yang saya kutip sewaktu hadir ke Jambori Pengakap Sedunia ke-21 bersempena sambutan 100 tahun pengakap di Hylands Park, Chelmsford, London selama 10 hari berada di sana. Pengalaman yang saya dapat itu amat bermakna buat saya dan ianya sentiasa segar dalam memori ingatan.
Tanggal 28 Julai 2007, saya berlepas dari KLIA, KL jam 2.00 pm disebabkan MAS lewat 2 jam kerana ada masalah teknikal. Saya tiba di Heathrow, London jam 8.30 pm pada 29 Julai 2007, perjalanan mengambil masa selama 12 jam. Saya mengambil teksi dari Heathrow ke Malaysian Hall di 30-34 Queens borough, Terrace, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan tambang teksi ialah £50. (pertukaran mata wang ialah £1 = RM7.24). Tiba di Malaysia Hall saya diperkenalkan dengan warden Malaysia Hall iaitu En. Zakaria (Pak Ya) yang banyak membantu sepanjang kami berada di sana. Saya diberi bilik bernombor 307 (bayaran untuk bilik di Malaysia Hall ialah £15 sehari), kami tinggal percuma kerana kami mewakili pengakap Negeri Kelantan disamping mendapat bantuan daripada Menteri Pengajian Tinggi.
Tanggal 29 Julai 2007, sebelum meronda bandar London, saya bersarapan di kantin Malaysia Hall. Nasi lemak biasa £2.50, teh tarik gelas panjang £1, nasi goreng £1.50, nasi campur (1 lauk + sayur) £2.50, roti canai segera 2 keping £1.50, nasi goreng special £4, karipap 3 biji £1. Jika ditukar dengan duit Malaysia boleh pengsan dibuatnya. Saya berjumpa dengan 4 orang pelajar Malaysia dari Jerman yang datang bercuti di London. Saya meronda di sekitar kota London dengan mereka. Kami ke Royal Albert Hall, Science Museum dan History Museum. Kami pulang ke Malaysia Hall jam 6.00 pm sebab takut terlepas waktu solat, rupa-rupanya solat maghrib jam 8.50 pm, isyak 11.30 pm, subuh 2.45 am, zohor 1.45 pm dan asar 4.30 pm. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam, keadaan ini disebabkan musim panas di London. Walaupun panas namun udaranya sejuk dan kering.
Pada 30 Julai 2007, Kami berempat iaitu Cikgu Rafie dari Jeli, Cikgu Zainal dari PSPN, dan Cikgu Shauki dari Bachok (kami mewakili pengakap negeri Kelantan), bertolak dari Malaysia Hall ke Chelmsford jam 11.00 am. Kami menaiki Tube (Underground/ keretapi bawah tanah) dari stesen Queensway ke Liverpool Street untuk ke London Terminals tiketnya ialah £5.10 seorang pergi balik. Dari London Terminals kami menaiki Tube ke Ilford (£2.00), dari Ilford kami mengambil Tube ke stesen Chelmsford Essex (£3.75), kemudian kami menaiki bas ke Hylands Park (£1.75). Kami berjalan lebih kurang 5km untuk ke tapak jambori. Untuk masuk ke tapak Jambori kami terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam untuk mendaftar masuk. Saya dapati kawalan keluar masuk pelawat ke jambori amat ketat. Kami diberi pas masuk dan dibenarkan tinggal di sana selama 2 hari. Kami bertemu dengan ahli pengakap seluruh dunia. Hubungan kami amat rapat walaupun kami baru berkenalan. Keadaan ini berlaku kerana semangat persaudaraan dalam pengakap yang amat erat. Di saat itu terasa amat bertuah dapat memimpin satu kumpulan pengakap yang menyumbang keanggotaannya mencecah 26 juta dari 216 negara. Setiap ahli pengakap mengamalkan 10 undang-undang dan persetiaan pengakap yang tiga. Peserta yang terlibat ialah seramai 100,000 orang. Selain bergambar kami bertukar-tukar lencana dan skaf.
2 Ogos 2007 kami ke Gilwell Park. Kami mengambil tiket Tube dari stesen Bayswater ke Waterloo dan kami ke Victoria Station, kami naik keretapi ke Stansted Terminal (£8.60) pergi balik. Udara di Stansted amat sejuk. Kami difahamkan bahawa Gilwell Park terletak di Timur Laut London ke Stansted iaitu di Chingford. Kami terpaksa menaiki keretapi yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dari Chingford kami terpaksa mengambil bas dan teksi untuk ke Gilwell Park. Kami membatalkan niat kami untuk ke Gilwell Park kerana risau kami tidak sempat balik ke Malaysia Hall sebelum ditutup jam 11.00 pm.
3 Ogos 2007, kami meronda sekitar kota London, kami ke Eye London, Parliament Building, Big Ben, London Bridge, Buckingham Palace, Hyde Park dan Oxford Street. Bangunan dan pemandangannya amat menarik. Pada 4 hingga 5 Ogos berada di Malaysia Hall, sementara mereka bertiga ke Paris. 6 hingga 7 Ogos saya ke rumah kawan di Wimbledon.
Pada 7 Ogos 2007 jam 10.00 pm saya bertolak dari Heathrow ke KLIA. Saya selamat tiba di KLIA 8 Ogos jam 6.00 pm. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kamilian SMK Kamil kerana menaja tiket saya (RM2500), semua Warga Kamil yang banyak memberi bantuan dan dorongan, sesungguhnya jasa kalian tidak dapat saya lupakan. Sekian, terima kasih.
Dilaporkan oleh,
(WAN NOR AINI BT WAN OTHMAN)
Pemimpin Pengakap
Kumpulan 22 Pasir Puteh,
SMK Kamil.