Post by Ustzh W Azilah on Aug 9, 2007 12:35:58 GMT 7
Sila ikut thread ini untuk ruangan tazkirah.
Terima kasih.
Ustazah Wan Azilah
Unit Dakwah
SMK Kamil
Sebagai permulaan:
*KEJADIAN MANUSIA ADALAH NIKMAT*
Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan keagungan
Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali memikirkan kejadian
diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya ibu
bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak mungkin
dilahirkan ke dunia ini.
Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak
pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke
dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak
ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini.
Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula,
lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan
indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak
mungkin kita rasai.
Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat
menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan
pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai
segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan
hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahn**
ya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita
dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha
luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di
bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah
Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran
dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita,
bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan
petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam
semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.
KESIMPULAN
Oleh itu, kita sebagai insan yang telah diberi panduan hidup iaitu
ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan sunnah, haruslah memikirkan dengan
sedalam-dalamnya di dalam hati dan sanubari kita tentang kekuasaan Allah dan
sifat Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya yang amat luas ini. Kita
hendaklah selalu mengingati dan berterima kasih kepada-Nya. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan
bersyukur).
(Ad-Dhuha:11)
Janganlah kita termasuk di dalam golongan mereka yang lalai dan langsung
tidak bersyukur kepada Penciptanya yang Maha Agung. Segala pujian hanya bagi
Allah Tuhan semesta alam. Dari Allah kita datang dan kepadanya-Nya jua kita
kembali.